Friday 28 February 2014

Yakinkan Prospek Dengan Produk Anda



Salah satu kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah mereka hanya fikir untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat terhadap pelanggan mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan kepada perusahaan bisnes yang berjaya. Ada juga cerita lain. Terdapat sesetengah orang yang ada hati di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka mesti menyediakan kualiti yang baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang melakukannya. Tetapi kemudian mereka tidak dapat buat orang yang mereka ‘target’ faham bahawa mereka menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan kata-kata peransang. Mereka kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.

Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.

Anda mesti yakinkan orang bahawa:-
®    Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.
®    Produk anda lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran.
®    Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka.
®    Produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan.

Apabila anda membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi sasaran anda, anda pasti berjaya membangunkan perniagaan anda. Ebook ini membawakan anda ke pelbagai cara yang anda boleh guna untuk meyakinkan orang supaya mereka berurusniaga dengan anda.

Tetapi kita akan menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di sini. Cara terbaik, mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang produk anda boleh tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda.

Cipta keperluan. Bisnes akan ikut.

Lihat di sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan strategi ini. Mereka bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada, satu cara yang mana mereka boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99% kandungan produk menyerupai produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih terpikat pada produk yang diiklankan dengan lebih baik, asalkan ia barkait rapat dengan bagaimana ia mampu memenuhi keperluan penting yang khusus.


Up-selling dan Down-selling



Up-selling dan Down-selling

Secara ringkasnya, penjualan beretika bermaksud menjual dengan prinsip yang betul. Anda menjual dengan cara yang tiada siapa rasa rugi. Walaupun pelanggan membayar anda, pastikan bahawa mereka tidak membayar lebih dari nilai produk anda. Anda tidak mengenakan harga yang berlebihan. Anda hantar apa yang mereka harapkan. Jika anda memupuk semua prinsip ini, anda adalah penjual beretika.


Tetapi anda perlu mempromosikan produk anda, bukan? Menjual secara terang-terangan tidak baik untuk anda, tetapi terdapat beberapa cara menjual yang lembut yang  mana anda boleh promosikan produk dan tidak seolah-olah terlalu mendesak juga. Konsep penting yang pertama yang datang ke fikiran ialah produk up-selling dan down-selling. Mari kita lihat apakah maksud kedua-dua itu. Kedua-duanya jatuh ke dalam istilah penjualan beretika.

Up-selling

Up-selling ialah apabila anda pergi membeli produk dan penjual memberitahu anda untuk memilih upgrade atau pilih produk tambahan yang mungkin melengkapkan apa yang anda telah beli. Seperti, jika sesorang membeli aplikasi perisian, anda boleh tanya  mereka kalau-kalau hendak muat turun juga eBook yang mana merupakan tutorial bagaimana menggunakan produk itu.

Sekarang, mengapakah ia adalah penjualan beretika? Tentulah, kerana orang yang telah membeli perisian itu mungkin benar-banar keliru tentang menggunakannya atau mungkin tidak dapat menyedari potensi penuhnya, eBook itu mungkin benar-benar berguna kepada pelanggan. Anda boleh gunakan situasi ini kepada senario lain dan lihat. Di panggung wayang, apabila anda memilih bertih jagung, mereka tanya anda untuk beli Coke pada harga diskaun. Inilah up-selling dan ia memang berkesan. Anda mungkin membeli Coke itu pada kemudian waktu tetapi harganya lebih tinggi.

Apabila anda melakukan up-sell kepada pelanggan, pastikan bahawa anda up-sell sesuatu yang meningkatkan nilai barang yang mereka telah beli. Ini mengekalkannya di dalam bidang penjualan beretika.

Down-selling

Down-selling adalah cuba menjual sesuatu kepada seseorang yang hampir beredar keluar. Ini terjadi dalam dunia fizikal. Anda mula keluar daripada kedai dan pekedai beritahu anda yang dia akan mengurangkan harga. Dalam dunia Internet, semasa anda cuba beredar dari laman-laman web tertentu, satu popup tiba-tiba muncul yang memberitahu anda mereka bersedia memberikan produk itu kepada anda pada harga yang kurang.

Sukar bercakap tentang down-selling dengan gaya beretika yang sama yang kita guna untuk up-selling. Tetapi ia boleh jadi beretika juga. Orang yang tidak teragak-agak mungkin dapatkan produk itu untuk harga yang kurang yang mana mereka boleh kembali semula kemudian untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Juga, jika orang itu tidak jelas tentang produk tersebut, mereka mungkin terlepas sesuatu yang sebenarnya berguna kepada mereka. Down-selling memastikan bahawa mereka membeli produk itu yang akan memberi sedikit nilai kepada mereka.

Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan



Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan

  1. Wujudkan kekuasaan anda di pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa jangkaan. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi visible di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh. Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.

  1. Kenakan harga pada produk anda dengan wajar. Itu tidak bermaksud anda terpaksa sepit produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.

  1. Sentiasa terus berevolusi. Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.

  1. Uruskan  sokongan anda sebaik-baiknya. Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.

  1. Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.

  1. Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Timbang kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan keberatan menggunakan poin-poin yang bagus.

Prinsip dan Etika Perniagaan


Bukannya mustahil untuk buat duit melalui minat anda, tetapi oleh kerana ia ada kaitan dengan mana-mana peluang buat duit lain, anda mesti ingat yang terdapat beberapa prinsip dan etika yang anda perlu ikut. Kita akan lihat sedikit di sini.

  1.   Dengan apa sahaja yang anda berurusan, amat penting untuk anda menghormatinya. Jika minat anda ialah mengumpul wang, pastikan anda hasilkan rasa hormat yang betul untuk aktiviti-aktiviti anda. Anda tidak boleh mula dengan terang-terangan mengkritik dan mencaci subjek ini. Anda boleh kritik, tetapi kemudian anda mesti berikan alasan atas apa yang anda cakap. Ingatlah yang anda cuba buat duit di sini. Oleh kerana pendengar sasaran anda akan menjadi orang lain yang juga minat dengan subjek ini, anda tidak akan peroleh apa-apa jika anda campak lumpur padanya tanpa sebab. 
  2.  Jadilah orang yang berpengetahuan. Orang yang akan datang kepada anda sudah tahu asasnya. Apa yang mereka mahu belajar ialah sudut pandangan seorang lagi pakar dalam subjek ini. Pastikan yang anda tahu semua terma dengan baik dan semua fakta anda betul.
  3. Ikuti peredaran masa. Perkara akan berubah dengan cepat, walau apa saja skop minat anda. Sentiasa bergerak-gerak mempelajari benda baru. Mungkin idea yang bagus menggunakan Google Alert yang mana boleh beritahu anda apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.
  4. Cepat bertindakbalas. Apabila orang mencapai anda, mereka harap untuk bergaul dengan orang lain yang ada minat yang sama dengan anda. Mereka mencapai anda dengan sedikit harapan dalam minda mereka. Jangan nafikan ini. Jika anda nafikan, anda sebenarnya menghalang orang lain. 
Ini membawakan kita ke prinsip kelima. Sentiasa luaskan lingkungan pergaulan dengan orang lain. Jika anda cuba buat duit daripada subjek yang anda minati, bergaullah dengan orang lain yang sama fikiran dengan anda. Lebih ramai orang yang anda bergaul, lebih banyak perkara yang anda boleh bincangkan