Friday 28 February 2014

Membuat Squeeze Pages yang Hebat





Jika squeeze pages adalah yang benar-benar membawa orang ke bisnes pemasaran rangkaian anda, maka anda perlulah bersikap serius. Inilah beberapa cara untuk mempertingkatkan keupayaan praktik lead generation anda demi memastikan anda mendapat pulangan yang setimpal.

Kaedah-kaedah ini membicarakan tentang apa yang anda mesti buat dengan lead capture page anda. Squeeze page, adalah laman di mana anda meminta alamat emel seseorang sebelum anda membawa mereka ke tempat di mana mereka boleh muat turun hadiah percuma yang telah anda janjikan. Ini biasanya dibuat melalui blog mereka. Mereka menerbitkan iklan kecil di mana-mana tempat pada page itu di mana mereka memberitahu anda mereka boleh muat turun eBook percuma atau mungkin subscribe(melanggan) ke newsletter. Tetapi link itu membawa mereka ke lead capture page terlebih dahulu. Selepas mereka masukkan alamat emel mereka, mereka akan dibawa ke page muat turun. Muslihat ini selalunya menjadi kerana orang memang mengharapkan hadiah percuma, yang mana membuatkan mereka sedikit pun tidak kisah memberikan alamat mereka.

Inilah tip-tip untuk mempertingkatkan keupayaan lead capture page yang sangat-sangat penting ini.

Gunakan Heading yang Bagus

Inilah yang mula-mula merebut perhatian pembaca . Pamerkan  faedah-faedah di heading itu sendiri. Beritahu mereka yang mereka boleh jadi kaya, dsb. Pendek kata, headline mestilah seolah-olah memaksa orang terus membaca.


Nyatakan Faedah-faedahnya

Pastikan anda menyebut satu persatu faedah menyertai peluang anda pada squeeze page. Tidak perlulah terlalu terperinci – ini bukannya surat jualan. Tetapi tulis cukup hanya untuk menarik minat mereka.

Gunakan Multimedia

Gunakan audio dan video sebaik-baiknya. Ia menarik perhatian lebih baik berbanding teks. Juga, dalam klip media ini, tunjukkan faedah meng’optin’ ke list anda.

Cara Yang Kemas

Kandungan yang tidak bermutu dalam lead capture page anda sebenarnya mendatangkan kesan yang sebalik dari yang diharapkan kerana ia boleh menganggu tumpuan prospek anda. Tulis dengan cara yang kemas, gunakan senarai bullet dan nombor. Gunakan bahasa yang baik dan jangan lakukan kesalahan tatabahasa. Pecahkan kandungan anda kepada subheading yang bagus.

No comments:

Post a Comment