Friday 28 February 2014

Pemberian Percuma Membina Kredibiliti



Cukup mudah untuk memberikan sesuatu secara percuma di laman anda, jika anda ada sesuatu untuk diberikan. Mungkin anda ada laporan istimewa yang anda sanggup berikan secara percuma demi untuk menjual produk akhir yang lebih tinggi, atau mungkin anda mahu bekerjasama dengan orang lain dalam industri anda untuk membantu membawa trafik ke laman web anda dengan mempromosikan laman web anda menggunakan produk mereka seperti giveaway. 

Bekerjasama dengan usahawan lain dikenali sebagai “JV(Joint Venture) Giveaway”. Usahawan-usahawan itu semuanya bergabung tenaga untuk membawa  trafik ke suatu laman web di mana benda percuma akan diberikan, dengan demikian membawa trafik ke laman di mana usahawan-usahawan mahu pelanggan pergi. Untuk melibatkan diri dengan kerjasama ini anda perlukan perisian untuk membantu anda menguruskan acara itu.  http://www.squidoo.com/jvgiveawayscript bukan sahaja ada skrip seperti itu, tetapi anda juga akan jumpa link ke orang lain yang cuba menguruskan acara giveaway, yang mana mungkin lebih mudah daripada cuba menguruskan giveaway milik anda sendiri, terutamanya pada kali pertama. JV Giveaway membantu mendapatkan trafik ke giveaway anda di mana anda mungkin sebaliknya tidak ada satu trafik pun.

Satu giveaway mudah untuk usahawan maklumat ialah “e-kursus” pendek yang mana menjangkau tempoh 5 atau 7 hari. Pelawat mendaftar ke senarai mailing opt-in dan memperoleh maklumat daripada anda secara percuma. Sepanjang e-kursus itu anda tentulah meletakkan link ke servis atau produk yang lebih besar milik anda. Seperti artikel anda, maklumat dalam e-kursus ini perlulah berguna, tetapi ia perlulah tidak seberapa berbanding apa yang sedia ada dalam produk maklumat anda yang penuh dan berbayar. E-kursus juga bagus untuk jenis-jenis produk yang lain: anda boleh berikan satu e-kursus dengan 7 resipi periuk masakan jika apa yang anda pasarkan itu ialah periuk masakan terhebat di dunia ini. Dengan demikian, giveaway tidak perlu terlalu mahal untuk dibuat, dan boleh berbeza-beza dalam pelbagai skop.

E-kursus juga mempunyai kesan membina senarai mailing orang yang benar-benar berminat dengan produk atau servis anda. Apabila anda buatkan orang mendaftar dalam list ini, pastikan anda tidak meng’optin’kan mereka semata-mata ke e-kursus sahaja. Anda mahu mereka masukkan alamat emel mereka, “Untuk memerima e-kursus percuma tentang Bowling, dan laporan istimewa tentang apa-apa saja yang berkaitan dengan  Bowling!” Dengan cara itu, mereka ada amaran semasa anda hantarkan mereka penerbitan pelancaran produk yang padat dan terbaru. Pastikan anda ikuti peraturan-peraturan semasa menyiapkan senarai emel opt-in supaya anda tidak berkesudahan melakukan spam.

Ebook, E-kursus, podcast, seminar video pendek dan laporan kecil semuanya menjadikan “give-away” yang bagus. Ia murah dan tanpa kos untuk dihasilkan dan ia membantu menggambarkan nilai produk atau servis anda. Seperti dalam bentuk pemasaran Internet yang lain, anda memberikan sedikit kandungan berkualiti untuk membawa orang yang menggemarinya menuju ke produk anda. Anda juga dengan mudah boleh membuat giveaway dengan strategi bookmarking sosial, blogging, dan rangkaian sosial anda.

No comments:

Post a Comment