Friday 28 February 2014

Menentukan Format Digital Untuk Penerbitan Produk



Bila disebut tentang produk digital, ianya terdiri dari pelbagai aspek digital seperti perisian, audio, video, ebook dan beberapa lagi aspek digital lain. Masalah dalam penerbitan produk adalah apakah format digital yang sesuai untuk menerbitkan sesebuah produk.

Kebanyakan produk digital adalah dalam format eBook, yang mana adalah jenis buku yang boleh dimuat turun dan dibaca di komputer atau alat-alat elektronik lain. Format sebegini banyak digunakan dalam penerbitan produk-produk informasi. Hal ini kerana, eBook dapat dicetak dan dibaca dalam bentuk buku (hardcopy). Secara langsung ianya tetap dapat memberikan perasaan yang sama seperti membaca buku yang dibeli dikedai.

Video adalah format yang amat popular. Sesetengah orang lebih gemar maklumat mereka dalam format video kerana ia lebih menyeronokkan, tetapi anda perlu ingat bahawa tidak semua orang menggemari kandungan video.  

Terdapat juga orang yang mempunyai sambungan Internet perlahan yang tidak boleh tonton video secara online, jadi anda mesti pastikan untuk menawarkan kandungan bertulis bagi mereka yang tidak boleh muat turun video.

Audio adalah satu lagi kemungkinan. Anda boleh baca eBook anda dan letakkannya dalam format audio, upah jurucakap untuk bercakap bagi pihak anda, atau anda boleh tawarkan fail audio tambahan yang mempertingkatkan nilai produk anda. Sebagai contoh, jika anda ada produk tafakur, anda boleh tawarkan muzik yang menenangkan hati atau bunyi-bunyian alam semulajadi. 

Anda boleh juga gunakan kombinasi format-format ini dan cipta satu tawaran pakej. Ini akan membuatkan tawaran anda lebih memikat kepada pendengar yang lebih berbagai-bagai, dan ia juga akan membuatkan produk anda nampak lebih bernilai berbanding hanya eBook tunggal. Anda harus ingat, prospek mempunyai keinginan yang berbeza. untuk menarik minat prospek, anda harus memberikan mereka sesuatu yang mereka minati.

No comments:

Post a Comment