Friday 28 February 2014

Mengenal Pasti 2 Pasaran Penting Perniagaan



Sebelum memulukan perniagaan, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih topik produk maklumat anda. Jika anda pakar dalam topik tertentu, anda mungkin mahu fikirkan untuk mencipta produk info pertama anda dalam bidang itu. Ini akan membuatkan proses penciptaan produk lebih cepat dan lebih mudah.

Terdapat dua jenis pasaran yang anda akan mahu fikirkan:
ü  Pasaran Terdesak
ü  Pasaran Minat

Pasaran Terdesak adalah mereka yang mana pengguna biasa yang mempunyai masalah yang dia terdesak untuk diselesaikan. Niche-niche ini termasuklah perkara-perkara seperti masalah jerawat, pengurusan berat badan, sakit kepala, sakit belakang, insomnia, dan niche-niche yang seumpamanya.

Niche-niche ini bagus untuk mencipta produk maklumat, kerana orang  seringkali akan melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka, walaupun membeli produk maklumat. Sebagai seorang usahawan, anda mesti cuba untuk mengambil peluang dari pasaran sebegini kerana pasaran berada pada tahap permintaan yang tinggi. Samada anda tahu atau tidak, ciri terbaik produk yang dapat dijual adalah produk yang dapat mennyelesaikan masalah. Contoh produk seperti ini di Malaysia adalah Rahsia Lulus Teknik Temuduga Kerja Kerajaan yang mana pasaran (pembeli) perlu tahu cara-cara bagaimana untuk lulus temuduga kerja kerajaan.

Niche Minat adalah mereka yang mana pengguna biasa memiliki minat atau hobi yang mereka gemari. Contohnya termasuklah niche seperti golf, baseball mengumpul kad, bermain permainan video, memancing, dan sukan-sukan  dan hobi lain yang serupa. Prospek kebiasaannya mencari sesuatu yang dapat meningkatkan nilai minat mereka. Contohnya seorang peminat permainan video pastinya akan mencari panduan berkaitan permainan video tersebut terutamanya dalam menguasai teknik-teknik sukar permainan.
Dengan mengenal pasti pasaran sebegini, anda akan dapat menentukan permintaan dalam pasaran dan seterusnya menawarkan produk mengikut permintaan pasaran.

No comments:

Post a Comment