Kita
telah lihat sekilas bagaimana kuasa blogging boleh digunakan untuk membuat
urusniaga wang yang amat luas di Internet. Mari kita lihat sekarang aspek-aspek
ini secara terperinci.
Pertama,
mengapa blogging sangat-sangat popular?
Blog
mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana untuk membina blog.
Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet sendiri. Jika anda
ada akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog melalui http://blogger.com dan walaupun anda tiada akaun
Google, anda boleh buat akaun dalam sejurus waktu sahaja.
Sebaik
sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat untuk membina
blog anda telah dipamerkan dengan baik di depan anda. Anda cuma perlu ikut sedikit arahan dan blog anda
akan berfungsi.
Jadi
ia mudah sahaja untuk dibina. Blogger memang hebat, dan jika anda mencari
kepelbagaian, anda boleh guna http://wordpress.com.
Blog Wordpress lebih sukar dibina dan diuruskan berbanding blog Blogger, tetapi
ia pasti bukannya sesuatu yang anda tidak mampu tangani.
Untuk
membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat anda, inilah lima tip yang
anda mesti betul-betul ikuti:-
1.
Ikut naluri anda tentang apa yang hendak
diblogkan. Jangan gunakan kata basi. Tulis topik yang anda rasa berpengaruh dan
anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.
2.
Sentiasa pilih topik yang agak dipersoalkan atau
juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang komen tentang apa
yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog anda dapat dan ia
akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti anda dapat kedudukan
yang baik dalam enjin carian juga.
3.
Terus kemaskini blog anda. Anda mesti buat
sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu.
4.
Gunakan kaedah seperti RSS feed supaya orang
tahu setiap kali ada kemasukan artikel baru di blog anda dan mereka akan datang
secara automatik.
- Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah.
No comments:
Post a Comment